JellyPages.com

Sunday 29 September 2013

Jeruk mempelam muda


Sebenarnya jeruk ni ummi yang buat. Saya cuma makan je. Hahahihihuhu..
Sedapnya tak terkata..ditambah pula makan yang dari peti ais, sejuukkk..sedap je rase kat tekak ni, masam dan manis..

Cara nak buat senang je cuma nak kena cari mempelam muda yang masih belum ada tempurung. 

Bahan-bahan:

Mempelam muda
Air garam
Air gula yang dimasak.

Kupas kulit mempelam, potong ikut sukahati.
Rendam dalam air garam semalaman untuk buang rasa masam buah.
Lepas semalaman, toskan dan masukkan ke dalam air gula yang dah disejukkan.
Masukkan dalam peti ais.
Siap!
 

Friday 27 September 2013

Ayam bakar berempah


Resepi ni saya dah lupa dapatkan dari blog mana sebab dah lama di screenshot kat handphone. Apa2 pun terima kasih kepada pemilik resepi. Tapi saya ade tambah tolak la sikit2 untuk kesesuaian tekak anak2. Iman suka sangat dengan ayam ni, makan je terus angkat 'best' dan nasi pun bertambah. Alhamdulillah..
Kesian Iman rindukan masakan mummynya..

RESEPI:

Bahan-bahan:

Setengah ekor ayam
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
*Setengah sudu teh lada hitam
*1 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*2 inci halia
Garam
Gula
1 sudu besar chicken stok

Bahan * diblend lumat.

Cara-cara:

Gaul semua bahan bersama ayam. Perap 1-2 jam dan kemudian bakar di dalam oven bersuhu 200 darjah celcius sehingga masak (lebih kurang 1 jam bergantung pada saiz ayam)

Tuesday 24 September 2013

Order pertama Apam Polkadot

Hari ni berjaya menyiapkan tempahan 150 biji apam polkadot. Tempahan pertama oleh pengasuh taska. Alhamdulillah, beliau kata sedap..

Resepi saya godek2 dari blog Kak Azlita Masam Manis..

Dapat satu pengajaran lepas buat apam ni banyak2. Walaupun buat sekali dua adunan tapi masa nak mengukus kenalah kukus sekaligus. Pengukus kan ade bertingkek-tingkek, bolehlah gunakan.. Kalau lambat2 kukus yang selebihnya akan jadi tak elok hasilnya nanti iaitu apam dah tak gebu macam yang kukusan pertama. Apam saya punyalah, orang lain buat tak tahulah.

Alhamdulillah dapat hasil titik peluh yang amat bermakna sebab dapat jual hasil air tangan sendiri.