JellyPages.com

Tuesday 15 May 2012

Istimewa Hari Guru






SELAMAT HARI GURU buat semua warga pendidik tak kiralah cikgu tadika, cikgu sekolah, lecturer..semuanya dalam kategori pendidik.
Tanpa jasa cikgu dulu tak mungkin saya boleh jadi seperti hari ini. Saya memang bergantung sepenuhnya pada ajaran cikgu, maklumlah mak dulu sibuk bekerja cari rezeki dan lagi bukan dia nak ambil tahu sangat pun saya belajar ke tak. Ahak! Saya pulak memang jenis yang sangatlah malas nak belajar sendiri, hanya fokus masa belajar dalam kelas je. Dan mungkin sebab tu jugaklah saya hanya terer subjek2 yang cikgunya garang sahaja. Dulu, belajar dengan main sama banyak. Dapat cikgu baik memang mainlah jawabnya..

Kronologi persekolahan saya :

1987 (TADIKA Kg Guntung, Bunut Susu)
1988 - 1990 (Sek. Keb Bunut Susu)
1991 - 1993 (Sek Keb Kg Raja, Besut - ikut mak berpindah tempat kerja)
1994 (SMKA Tok Jiring - 4 hari je sebab tak nak dok asrama, nangis nak balik!)
1994 (SMKA Maarif, Besut - sempat menghabiskan pengajian Tingkatan 1)
1995 - 1998 (SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu)
1999 (UiTM Kampus Jengka - 6 bulan Pre Science)
2000 - 2004 (Diploma Industrial Chemistry UiTM Kampus Arau - terlebih semester daa..)
2007 - 2009 (Bachelor Science (Chemistry) USM - tak sempat habis sebab dah banyak komitmen sebenarnya otak dah tepu)


Thursday 3 May 2012

Ini insan bukan sampah


Seriously, sangat-sangat tersentuh bila tengok gambar nih..
Tergamaknya manusia itu buang bayi ni bersama-sama sampah sarap.
Tak sukaaaa!!!!!!!!
Kalau dah tak nak sangat bagi je kat saya biar saya jaga.
Dan ramai lagi orang kat luar sana yang sanggup nak jaga. 

Kepada si pembuang bayi ni..
Orang lain ramai yang nak anak tapi tak dapat, kamu dapat anak buang macam tu je.
Mudahnya kamu beranak yea..
Binatang pun tahu sayang anak, tahu lindungi anak dia.
Apa status kamu ini?? Bukan manusia, binatang pun bukan..