JellyPages.com

Saturday, 5 October 2013

Gulai udang dengan nenas


Tengah dok mencari-cari resepi gulai udang dengan nenas ni, terbacalah kat blog CT Delima yang resepinya lain sikit dari resepi biasa, letak daun kesom. Tapi saya buat ikut citarasa tekak kamilah.. Hasilnya rasa gulai ni buatkan saya teringat kat gulai siput bendang. Makan masa kecik-kecik dulu, sekarang ni dah takde orang buat padi, jadi siput pun dah pupus.

Bahan-bahan:

15 ekor udang harimau sederhana
3 cawan santan
2 tangkai daun kesom
sehelai daun kunyit
Nenas ikut suka nak letak banyak mana
Cili merah untuk naikkan seri warna gulai
3 sudu besar rempah kari ikan 

Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
(saya kisar bersama-sama santan tadi)

Cara-cara:

1) Masukkan ke periuk bahan yang telah dikisar bersama santan, daun kesom, daun kunyit dan rempah kari ikan. 
2) Kacau hingga mendidih, kemudian masukkan nenas dan cili merah.
3) Bila nenas dah nampak agak2 masak, masukkan udang.
4) Perasakan dengan garam, gula, dan bahan perasa.

Nota: Jangan Masak lama sangat lepas masukkan udang sebab udang tak sedap bila dah kecut sangat dan rasa pun dah tak manis.


Sunday, 29 September 2013

Jeruk mempelam muda


Sebenarnya jeruk ni ummi yang buat. Saya cuma makan je. Hahahihihuhu..
Sedapnya tak terkata..ditambah pula makan yang dari peti ais, sejuukkk..sedap je rase kat tekak ni, masam dan manis..

Cara nak buat senang je cuma nak kena cari mempelam muda yang masih belum ada tempurung. 

Bahan-bahan:

Mempelam muda
Air garam
Air gula yang dimasak.

Kupas kulit mempelam, potong ikut sukahati.
Rendam dalam air garam semalaman untuk buang rasa masam buah.
Lepas semalaman, toskan dan masukkan ke dalam air gula yang dah disejukkan.
Masukkan dalam peti ais.
Siap!
 

Friday, 27 September 2013

Ayam bakar berempah


Resepi ni saya dah lupa dapatkan dari blog mana sebab dah lama di screenshot kat handphone. Apa2 pun terima kasih kepada pemilik resepi. Tapi saya ade tambah tolak la sikit2 untuk kesesuaian tekak anak2. Iman suka sangat dengan ayam ni, makan je terus angkat 'best' dan nasi pun bertambah. Alhamdulillah..
Kesian Iman rindukan masakan mummynya..

RESEPI:

Bahan-bahan:

Setengah ekor ayam
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
*Setengah sudu teh lada hitam
*1 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*2 inci halia
Garam
Gula
1 sudu besar chicken stok

Bahan * diblend lumat.

Cara-cara:

Gaul semua bahan bersama ayam. Perap 1-2 jam dan kemudian bakar di dalam oven bersuhu 200 darjah celcius sehingga masak (lebih kurang 1 jam bergantung pada saiz ayam)

Tuesday, 24 September 2013

Order pertama Apam Polkadot

Hari ni berjaya menyiapkan tempahan 150 biji apam polkadot. Tempahan pertama oleh pengasuh taska. Alhamdulillah, beliau kata sedap..

Resepi saya godek2 dari blog Kak Azlita Masam Manis..

Dapat satu pengajaran lepas buat apam ni banyak2. Walaupun buat sekali dua adunan tapi masa nak mengukus kenalah kukus sekaligus. Pengukus kan ade bertingkek-tingkek, bolehlah gunakan.. Kalau lambat2 kukus yang selebihnya akan jadi tak elok hasilnya nanti iaitu apam dah tak gebu macam yang kukusan pertama. Apam saya punyalah, orang lain buat tak tahulah.

Alhamdulillah dapat hasil titik peluh yang amat bermakna sebab dapat jual hasil air tangan sendiri.



Sunday, 30 September 2012

Menjaga pakaian dalam


Petua Supaya Pakaian Dalam Tidak Lusuh

1. Jangan manjakan pakaian dalam anda dengan mencucinya menggunakan mesin basuh. Cuci pakaian dalam dengan menggunakan tangan. Biasanya pakaian dalam dibuat dengan bahan yang lebih halus dan lembut, jika sering terkena gesekan dengan mesin basuh, pakaian dalam anda tidak akan tahan lama.

2. Jika akan merendam pakaian dalam, gunakan air yang dingin dengan detergent yang lembut. Anda juga boleh gunakan sabun mandi. Hindari menggunakan pemutih. Jika anda mencuci pakaian dalam bersamaan dengan baju-baju anda, asingkan dahulu dengan pakaian lain.

3. Jangan menggosok dan memerah pakaian dalam. Setelah direndam, tekan-tekan dan perah dengan lembut dan bilas dengan air sejuk.

4. Jangan gunakan mesin pengering untuk mengeringkan pakaian dalam anda.

5. Jemur pakaian dalam di tempat yang teduh. Hindari terkena sinar matahari langsung. Jemur pakaian dalam dengan cara dihamparkan. Jangan menggantung pakaian dalam ketika menjemurnya.






Tuesday, 15 May 2012

Istimewa Hari Guru






SELAMAT HARI GURU buat semua warga pendidik tak kiralah cikgu tadika, cikgu sekolah, lecturer..semuanya dalam kategori pendidik.
Tanpa jasa cikgu dulu tak mungkin saya boleh jadi seperti hari ini. Saya memang bergantung sepenuhnya pada ajaran cikgu, maklumlah mak dulu sibuk bekerja cari rezeki dan lagi bukan dia nak ambil tahu sangat pun saya belajar ke tak. Ahak! Saya pulak memang jenis yang sangatlah malas nak belajar sendiri, hanya fokus masa belajar dalam kelas je. Dan mungkin sebab tu jugaklah saya hanya terer subjek2 yang cikgunya garang sahaja. Dulu, belajar dengan main sama banyak. Dapat cikgu baik memang mainlah jawabnya..

Kronologi persekolahan saya :

1987 (TADIKA Kg Guntung, Bunut Susu)
1988 - 1990 (Sek. Keb Bunut Susu)
1991 - 1993 (Sek Keb Kg Raja, Besut - ikut mak berpindah tempat kerja)
1994 (SMKA Tok Jiring - 4 hari je sebab tak nak dok asrama, nangis nak balik!)
1994 (SMKA Maarif, Besut - sempat menghabiskan pengajian Tingkatan 1)
1995 - 1998 (SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu)
1999 (UiTM Kampus Jengka - 6 bulan Pre Science)
2000 - 2004 (Diploma Industrial Chemistry UiTM Kampus Arau - terlebih semester daa..)
2007 - 2009 (Bachelor Science (Chemistry) USM - tak sempat habis sebab dah banyak komitmen sebenarnya otak dah tepu)


Thursday, 3 May 2012

Ini insan bukan sampah


Seriously, sangat-sangat tersentuh bila tengok gambar nih..
Tergamaknya manusia itu buang bayi ni bersama-sama sampah sarap.
Tak sukaaaa!!!!!!!!
Kalau dah tak nak sangat bagi je kat saya biar saya jaga.
Dan ramai lagi orang kat luar sana yang sanggup nak jaga. 

Kepada si pembuang bayi ni..
Orang lain ramai yang nak anak tapi tak dapat, kamu dapat anak buang macam tu je.
Mudahnya kamu beranak yea..
Binatang pun tahu sayang anak, tahu lindungi anak dia.
Apa status kamu ini?? Bukan manusia, binatang pun bukan..

Sunday, 25 March 2012

Conversation #2

Adakah dia seorang yang..
  1. Kaki bodek
  2. Pandai mengambil hati orang tua
  3. Bercakap jujur

Di suatu pagi ketika si ibu sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja datanglah si anak menyibuk-nyibuk di depan cermin..


Anak  :  Kalau kak long ikat rambut cantik-cantik, pakai skaf, mesti cikgu cakap..Cantiknya Nyya hari ni..

Ibu     :  Habis tu kak long cakap ape kat cikgu? Tak cakap terima kasih ke??


Anak  :  Tak..


Ibu     :  Tak baiklah macam tu, kalau orang puji kita kenalah cakap terima kasih..


Anak  :  Kak long cakaplah..


Ibu     :  Habis tu kak long cakap ape?


Anak  :  Kak long cakap.. CIKGU PUN CANTIK JUGAK..


Erkkkk...anak akukah itu??

Saturday, 11 February 2012

Conversation #1

Tulang Usop (????)


Di suatu petang, sedang si ibu sedang bergurau senda bersama anak dara kesayangan..

Si anak dara telah memanjat belakang si ibu, lalu si ibu berkata:

"Kak long ni beratlah, janganlah panjat belakang mummy.."

Lalu si anak menjawab..

"iyealah, nanti patah pulak TULANG USOP mummy"

Si ibu terpinga-pinga lalu terfikir 'dia nak sebut tulang rusuk kot..' Lantas membuat pembetulan kepada si anak..

"Bukan tulang usop la, tulang rusuk..apelah kak long ni.."

Si anak tersengih..

"ooo tulang rusuk eh? hehe.."


Thursday, 12 January 2012

IUCD

Intra Uterine Contraceptive Device

What is an intrauterine contraceptive device?

An IUCD is a small device made from plastic and copper. There are two threads attached to the coil which lie in the vagina. They allow it to be removed easily. It can be placed quite easily into the womb (uterus) by a trained doctor or nurse.

How does the intrauterine contraceptive device work as a contraceptive?

It works mainly by stopping the egg and sperm from meeting. It may also prevent the fertilised egg from attaching to the lining of the uterus. The copper also has a spermicidal effect (kills sperm).

How effective is the intrauterine contraceptive device for contraception?

Modern IUCDs are very effective. Fewer than 2 women in 100 will become pregnant with five years of use of this method. Compare this with when no contraception is used. More than 80 in 100 sexually active women who do not use contraception become pregnant within one year. There are many different types of IUCD. Most copper coils will work well for at least five years. Some types work for ten years.

What are the advantages of the intrauterine contraceptive device?

Once an IUCD is inserted you can forget about contraception. So, unlike the pill, you don't need to think about contraception every day. It does not interfere with sex. It is not an hormonal method so it has no side-effects on the rest of the body. This means that it will not affect your mood, weight or libido. Having an IUCD does not increase your risk of having any type of cancer in the future.

Because it does not contain hormones, many women can have an IUCD if they wish. There are some situations where an IUCD is not recommended, such as undiagnosed, irregular vaginal bleeding and pelvic infection. Your doctor or nurse will make sure it is safe for you to use a coil, by asking questions about your health.


Ok, hari ni saya dah berjaya pakai benda alah ni. Ops, doktor la yang pakaikan.
No more pills, no injection, no implan..selamat sudah.
Sekarang saya sudah boleh pasang badan.
Weeehhuuuuuu!!! 

Premium Beautiful corset, u're my magic corset!
Oleh sebab saya dah tak ambil pil perancang lps ni, badan pun InshaAllah takkan naik, dan dengan pemakaian PB saya nak dapatkan 'hourglass' shape!


Yes, selagi ada usaha..kejayaan menanti!

Ulasan saya : Pakai IUCD ni takdelah sakit sangat macam sakit nak beranak tu.. (",)
 

Friday, 30 December 2011

Berpantang Anak ke 3

Assalamualaikum WBT..


Tanggal 10 September 2011, saya telah selamat melahirkan anak yang ke 3 hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta.



>


Semasa dalam tempoh berpantang saya mengamalkan pemakaian PB corset pada waktu siang hari di samping pemakaian bengkung kain pada waktu malam

Dan juga mengambil Herbalife shake





Perbezaannya memang ketara semasa pakai PB corset. Badan rasa lebih ringan, dan yang paling happy ialah susu laju je kluar. Baby minum sampai tersedak sbb tak sempat nak telan. Semasa menyusukan baby pun belakang tak rasa sakit dan lenguh macam selalu walaupun baby asyik nak bergayut je sebab pakai PB, postur badan berada dalam keadaan yang betul.


Memang impian setiap ibu yang berpantang nak dapatkan bentuk badan yang asal ataupun berat badan yang turun dengan banyak. Saya pun tak terkecuali. Pada permulaannya saya mengamalkan diet, makan sikit saja tapi hasilnya susu badan jadi cair. Kesian kat baby tak dapat zat yang secukupnya. 
Selepas 2 minggu saya memang tak diet dan makan makanan seperti orang biasa, hanya elakkan makanan yang bisa dan menyebabkan gatal. Minum air 3 liter sehari.
Tapi saya tak risau sebab pakai PB corset perut takkan bertambah buncit. 
Selepas 3 bulan pakai PB, saya dapati geleber di perut kesan regangan semasa mengandung semakin kurang.


Semasa hari pertama ke klinik untuk buka kad mengandung, berat saya 82 kg pada usia kandungan 2 bulan


Tulisan merah sebab dah kategori obes..huhu

Kali terakhir timbang sebelum masuk wad untuk bersalin ialah 89.9kg




Dan sekarang ni selepas bersalin dan 4 bulan memakai PB berat saya ialah....



71kg!!! yeay

Lagi 6kg nak capai target 65kg, berat maksimum saya sewaktu zaman anak dara.. (",)